Dirinya terasa kadang-kadang menyesal dengan apa yang
terjadi. Hati selalu berkata, “kalau la aku x buat macam nie dulu benda nie x
kan terjadi.” Kadang-kadang dirinya
ingin kembali ke saat mula-mula menjejakkan kaki ke tempat itu.
Pada waktu itu, terasa dirinya bahagia dengan kehidupannya,
menjadi seorang yang ceria, menjadi dirinya yang sebenar, seorang gadis biasa
seperti orang lain. Dia ingin kembali ke saat itu. Terasa bagai baru sahaja
semua itu berlaku. Tanpa sedar sudah lima tahun berlalu.
Segala-galanya berubah apabila menjelang semester ke-2
Anissa melanjutkan pelajaran di universiti itu, jauh daripada keluarga demi
sebuah ijazah.
Dia masih lagi ingat akan pesanan keluarganya terutama ibu
dan kakaknya.
“Adik, dh sampai sana nanti jangan pula adik cari orang
jauh-jauh wat menantu mak. Nanti adik kena tinggalkan mak, tak ada orang yang
akan jaga mak nanti.” Pesanan seorang ibu yang masih kekal di ingatannya.
“ Adik, nanti dah habis degree kat sana balik sini ye. Kalau
nak sambung pun sambung kat sini. Senang sikit. Tiket flight mahal. Lagi satu,
jangan tersangkut dengan orang jauh-jauh pula. Kesian dekat kak adik nie. Nanti
rindu nak jumpa adik susah.” Kakaknya berpesan pada adik kesayangannya.
Sekarang sudah lima tahun berlalu. Terlalu banyak perubahan
yang berlaku. Perubahan keadaan, suasana, perangai dan dirinya sendiri. Dia
tidak menyangka bahawa niat yang telah lama terbuku di dalam hati kini sudah
menjadi kenyataan. Dan dia gembira dengan perubahan yang sedang dia alami. Cuma
kenangan lalu yang membuatkan kadang-kadang dirinya tewas dengan emosi.
Setiap kali apabila kenangan itu muncul kembali dalam
ingatan, hanya sekeping sejadah dan naskhah Al-Quran yang menjadi teman dan
sahabat sejati ketika itu. Lelehan air mata sudah menjadi peneman nya yang sejati ketika
dirinya terasa tidak kuat dengan dugaan dan ujian itu.
Sesungguhnya kadang-kadang dia tewas dengan desakan diri
yang terlalu ingin di sayangi. Namun, dia gagahi jua dengan azam semua ini akan
berakhir dengan baik.
“Aku suka kau.” Ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di
telinga.
Ketika itu hatinya melonjak gembira. Dengan hanya 3
perkataan itu satu hubungan telah terjalin. Sepanjang perhubungan itu,
perubahan yang selama ini diidamkan berlaku. Dengan sokongan abangnya dan orang
di sekeliling, Anissa mampu mengubah cara pemakaiannya, dari hanya memakai
tudung atas dari paras dada berubah ke tudung labuh.
Namun, hubungan itu hanya mampu bertahan selama 4 bulan.
“Betul ka apa yang aku sedang lakukan nie?” Hatinya bertanya
pada diri sendiri tentang hubungan yang sedang dia jalinkan ini. Hatinya mula
rasa gelisah dengan hubungan itu. Hampir seminggu dia memikirkan jalan
penyelesaian bagi kegelisahan itu.
·
Anissa gelisah adakah hubungan ini mampu
membuatkannya mendapat redha Allah. Adakah dia hanya melakukan perubahan ini
disebabkan lelaki itu? Adakah hubungan ini akan menjamin mereka masuk ke syurga
Allah yang serba indah? Dia juga telah membaca satu artikel yang membuatkan dia
tekad dengan keputusan itu. Dia ingin menjadi seperti Zara, yang mampu
berkorban sesuatu yang berharga dalam hidupnya hanya untuk mendapat cinta
Allah. Abangnya yang memberi link kepada artikel ini kerana abangnya tidak
jemu-jemu menasihati Anissa untuk menjauhkan diri dari bercouple. (http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4623-demi-redha-mu.html)
·
Akhirnya, setelah lama berfikir, satu keputusan telah
diambil. Anissa redha dengan ketentuan-Nya. Dia telah tekad walaupun hatinya
berat untuk melepaskan.
Anissa menghantar sms kepada dia. Mesej tersebut mengatakan
bahawa Anissa ingin menghentikan hubungan itu.
“Awak, sy rasa kita patut stop mesej. Sy tkot awak. Sy x nak
tarik awak masuk neraka. Sy masih lagi banyak kekurangan yang perlu di perbaiki. Sy x maw dalam proses tu sy melakukan kesilapan dan kesilapan itu
berkaitan dengan awak. Awak akan mendapat share dalam kesilapan sy tu. Lagi pn
sy tkot kita akan melakukan dosa sekiranya kita teruskan hubungan ini. Sebab
kita x taw apa yang akan terjadi masa akan datang. Sy takut pergaulan antara
kita akan terlalu bebas dan kita sudah x peduli tentang dosa pahala. Mungkin
awak akan ingat sy bajet baik or alim..x apa. Sy x kisah. Sy takut Allah marah sy. Sy tkot Allah jauhkan sy dari rahmat Allah.
Memang sy x sggp jauh dr awak tapi sy lagi x sggp klaw Allah jauh tros dari
hidup sy. Sy mntk maaf untuk segala-galanya. Selamat tinggal awak.”
Anissa membaca balik sms tersebut. Dia menarik nafas
dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang send. Dia menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tanda ada sms diterima.
“Terima kasih atas segala-galanya. Saya faham situasi ini.
All the best Anissa.”
Berderai air mata Anissa selepas membaca sms itu. Sebab dia
tahu, selepas ini keadaan mereka bukan seperti dulu lagi. Tiada lagi sms antara
mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya fasal pelajaran. Tiada lagi.
Nothing!
Setiap kali bersms dengan lelaki itu, pasti perasaannya
menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia
mengingatkan firman Allah:
"
Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan
suatu jalan yang buruk".
(Al-Isra': 32)
(Al-Isra': 32)
Hari itu Anissa hanya mampu berlagak biasa di hadapan
housemate dan sahabatnya. Kadang- kadang matanya berair mengingatkan tentang sms
tadi. Dia mahu menceritakan kepada seseorang tetapi dia tidak tahu kepada siapa. Akhirnya dia hanya mampu menangis di bawah selimut.
Namun, keadaan itu hanya mampu bertahan selama beberapa hari
sahaja. Ketika itu, Anissa sudah dapat menerima hakikat bahawa sudah tidak ada apa2
antara dia dan lelaki itu.
Twiit twiit. Anissa mendapat 1 sms. Dari lelaki itu yang
bertanya khabar.
Anissa berasa serba salah untuk membalas. Namun, dia tewas
dengan desakan hatinya. Anissa membalas sms tersebut.
“Khabar baik. X pa ka kita mesej nie?” Anissa bertanya
kepada lelaki itu.
“X pa la. Kita bukan ada apa2 hubungan pn.”
Akhirnya mereka kembali berhubung di sebabkan Anissa tidak
kuat dengan azamnya itu.
Ketika cuti semester, perasaan gelisah itu muncul kembali. Bermacam-macam
cara Anissa lakukan, termasuk berdoa kepada Allah.
Satu hari, satu idea muncul di kepala. Anissa teringat akan bekas
kekasih nya ketika di sekolah. Dia pernah menceritakan tentangnya kepada lelaki
itu.
“Apa kata aku cakap kt dia yang aku nk kembali pada ex
boyfriend aku. Maybe dia akan benci aku dan tidak akan hubungi aku lagi.”
Anissa ambil keputusan tanpa berfikir panjang. Di kepalanya hanya berfikir
tentang bagaimana untuk menghentikan semua ini.
Sms sekali lagi di hantar. Cuma isi kandungan kali ini berbeza.
“Awak, sy dh buat keputusan. Sy nak kembali pada ex
boyfriend sy. Walaupun dia dh ada makwe, sy rela berkongsi.” Air mata mengalir
ketika sms ini dihantar. Namun, dia gagahi juga demi redha Allah.
Twiit twiit. Sms nya dibalas.
“Awak ingat awak ngn dia dh kwen ke sampai sanggup kongsi2.
Kalau dh kwen x pa la juga. Kenapa awak still nak couple? Sudah2 la bercouple 2
awak. Ok la selamat tinggal awak.”
Sms terakhir dari dia.
Laju ja air mata mengalir di pipi. Terdetik di hati
penyesalan dengan apa yang dilakukan. Namun, dia tidak boleh berpatah balik.
Dia kena teruskan.
Sejak hari itu, dia sentiasa berdoa semoga dia kuat untuk
teruskan dengan rancangan ‘gila’ nya itu. Untuk menjadikan rancangan tersebut
nampak seperti betul, dia menceritakan benda yang sama kepada sahabat-sahabat
rapatnya. Biar lah hanya Allah dan dia yang mengetahui perkara sebenar.
Setiap malam Anissa menangis sampai dia tertidur. Sejak
peristiwa itu, kehidupan telah berubah. Setiap hari, harinya ditemani
dengan air mata. Apabila di hadapan orang dia akan buat-buat happy. Tapi
apabila berseorangan dia akan menangis dan hanya mampu berdoa pada Allah supaya
dia kuat dan mampu lupakan lelaki itu. Kerana dia yakin dengan takdir Allah.
Dia yakin akan ada hikmah dengan apa yang terjadi. Kerana dia yakin dengan
setiap titis air mata yang gugur di pipi nya disebabkan kesakitan ini demi
menggapai redha Allah akan menjadi saksinya di akhirat nanti.
Dan sekarang, setelah lima tahun berlalu, dia masih tidak
dapat lupakan lelaki itu. dan sekarang dia dapat tahu bahawa lelaki itu sudah
bercouple dengan orang lain. Hatinya luluh. Namun, dia bertahan. Ada pernah
sekali di hadapan sahabat-sahabatnya, dia menangis apabila ada sahabatnya
menceritakan tentang pergaulan lelaki itu dengan pasangannya. Dia ingin bertahan,
namun dia tewas dengan perasaan nya.
Dan sekarang, dia hanya mampu berdoa pada Allah semoga dia
tabah dan kuat dengan dugaan ini. Biarlah dia menderita sekejap demi kerana
redha Allah dan keluarganya. InsyaAllah dia akan istiqamah.
Anissa percaya sekiranya dia redha dengan semua ini, Allah
akan menggantikan kekecewaan yang sedang dia alami ini dengan sesuatu yang di
luar jangkaannya.