Tuesday, August 14, 2012

PELUANG KEDUA

ASSALAMUALAIKUM...

Pejam celik pejam celik dh nk abh dh bulan Ramadhan yg mulia nie...rsa mcm sat sgt msa berlalu..posa tahun nie ntah la, aku x dpt nk gmbrkan mcm mna perasaan aku..nk ckp sdey sb rsa sat sgt bulan Ramadhan nie takut org ckp aku bajet warak...erm, apa2 la..manusia..org buat bnda baik org perli, org buat bnda jahat support sgt...

erm, dalam bulan posa nie jadi mcm2 dugaan pada aku...sungguh2 aku ckp aku mmg x kuat tyme aku diuji 2..tp bila aku pikir blek apa yg Allah uji aku 2 adalah apa yg aku dh pernah buat kt org, apa yg aku nk smpai kn kt sni adalah apa yg dh jadi pada aku tyme 2 mencerminkan diri aku..mksdnya aku nie hnya indah pada rupa...bkn nk ckp aku nie cntik ka apa, just nk gmbrkan sja..

ok...sbnrnya apa yg aku nk ckp kt sni adalah soal perubahan pada diri dan peluang untuk berubah pada pndngan org lain..seperti yg kita taw, klaw kita ada buat slh ataupun buat keputusan yg x btol tentang hidup kita or perjalanan career kita, buat tindakan yg di luar pemikiran kita, org disekeliling kita akan bersangka buruk tentang kita dan sukar nk bg peluang pada kita utk berubah..lebih kurg mcm bekas penagih dadah yg dh insaf lpas kuaq penjara...then, dia nk berubah tp org kmpung bersangka buruk dan x bg peluang kedua untuk dia ubh diri...mcm 2 la mksd aku..

pada pndgn aku, seandainya seseorg melakukan kesilapan dan dia ingin berubh dan perlukan kesempatan peluang oleh org di sekeliling dia untuk dia berubah, kita kena bg peluang untuk dia..dan support dia..bkn tros judge org 2 dengan kesilapan yg dia lakukan..

 

myb org akan ckp yg aku nie ckp bleh la tp buat x pn..erm, x pa la..aku just menyuarakan pendapat aku.. sb aku selalu membayangkan mcm mna klaw diri kita sendiri melakukan kesilapan yg x dpt diterima oleh org sekeliling kita dan kita tidak diberi peluang untuk berubah, tidak diberi peluang untuk menjelaskan kenapa kita melakukan kesilapan tersebut dan kita tidak diberi kesempatan untuk membetulkan kesilapan kita tersebut..mesti kita rsa terkilan kan dengan tindakan kita yg tidak mahu bg peluang pd org lain menebus kesalahan dan mahu berubah..seandainya kita masih tidak merasa apa2 sekiranya kita berada di tempat itu, apa yg aku katakan adalah org itu terlalu keras hati..

mungkin kita tidak tahu apa yg menyebabkan seseorang itu mengambil jalan itu, mengambil keputusan utk melakukan kesalahan itu...mungkin mereka terdesak melakukannya, mungkin mereka memerlukan sesuatu yg kita tidak tahu apa dia...oleh itu, kesimpulan yg aku bleh buat kt sni, jgn la trus menghukum seseorang hanya atas sebab kita x dapat nk terima kesalahan yg dia lakukan..manusia mampu berubah..malah manusia yg berubah tu mungkin jauh lagi baik dr diri kita sendiri..dan semua org x sempurna..semua org x pernah terlepas dr melakukan kesalahan..dan jangan hanya tgok pada keburukan,kesalahan yg pernah dia lakukan..kerna mungkin dia ada 1001 kebaikan yg kita x penah taw or nmpk dengan mata kita sendiri...


sedangkan Allah ampunkan dosa hambaNya yg bnyk bagai pepasir kt pntai klaw dia bertaubat...nie kn kita manusia biasa...kenapa perlukan mahal kan harga peluang kedua untuk bg kt org...bkn kita yg rugi...kita dpt pahala adalah..sb memaafkan seseorang.. sekiranya org tu khianati peluang yg bg 2, mungkin kita akan terkilan sedikit..tp kita x akan rugi apa2 sb diri dia sndiri yg menentukan...seandainya dia btol2 ingin berubah, insyaAllah, dia akan diberi kesempatan tu dan akan berusaha menuju ke arah perubahan tu..

kepada org yang melakukan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk memperbetulkan diri dan keadaan, kuatkan semangat anda...walaupun kita sorg2 dan x dak org nk fham isi hati dan situasi kita, tp kita still ada Allah...Allah x kan pernah mengecewakan kita dan sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat...

akhir kata, aku memohon maaf seandainya kata2 aku menyinggung perasaan org yg membaca dan maaf jgak sekiranya apa yg aku ckp di atas salah..

ASSALAM...



Tuesday, June 12, 2012

Kisah Tudung Labuhku :')

Assalammualaikum...
dh lama aku x u pdate blog nie...ngh bz ngn exam...hehehe..
ok, aku ad terbaca satu artikel kt i luv islam.. cerita dia lebih kurang dengan cerita aku sebelum aku berubah..heee...saja nk share..^_^,..


Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.


Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!


Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.



Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.

sekian..cerita dia lebih kurang dengan cerita aku..cuma aku study kt sarawak, kolej aku x diwajibkan turun ke surau n aku x la selalu balik umh kak aku..2 ja..assalamualaikum...

Friday, June 1, 2012

Yang Bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Menjadi Idaman..^_^,..

Bismillahirahmanirahim

" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.


Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"

Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?


 Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga. 

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Sunday, May 27, 2012

KAUM HAWA...JANGAN JADI PENGECUT..

 Entry aku kali nie berkaitan aurat kaum HAWA..aku bukan la nk ckp diri aku dh tutup aurat aku dengan sempurna..namun, aku hanya ingin mengingati diri aku sendiri dan sahabat2 yang aku sayangi, yang aku ingin msok ke syurga ALLAH bersama2 kalian...sesungguhnya aku sgt takut akan azab ALLAH terhadap kaum HAWA yang tidak menutup aurat dengan sempurna..dan aku x sanggup melihat sahabat2 yang aku sayangi tergolong dlm golongan yang menerima azab ALLAH..
 aku bukan nk membukak aib sendiri tp aku cuma ingin menceritakan pengalaman aku..dulu, aku pn x menutup aurat dengan sempurna...aku pkai ja apa yg aku nk...ckp ja pkai tdung tp bju ketat, suka singsing lengan baju..bukan singsing la, tabiat aku, aku suka lipat lengan bju..x kira la tshirt or bju kurung...aku mmg akan lipat smpai abg aku tnya knp la suka lipat lengan bju 2..kena cubit pn ada kadang2..tp x penah pn aku amek pengajaran dr apa yang abg aku buat 2..kerasnya hati aku tyme 2..aku buat x endah ja ngn nasihat dya..

ada orang ckp klaw pkai tudung labuh nie x cantik la, x reti berfesyen la, nti x nmpk corak kt bju yang lawa 2, apa2 lg la...
mmg la org yang x pkai tdg labuh nie cntik, or lebih senang dipggl yang x menutup aurat nie cantik, tp cntik yang sementara, cntik hanya diluar, bukan di dalam..
even kita pkai tudung labuh, even x nmpk cntik, even x bleh nk tunjuk corak bju yang lawa2 tp kita cntik kekal..
cntik luar dan dlm..
org akan tgok kaum HAWA yang tutup aurat nie manis ja dan sedap mata memandang..bila kaum HAWA pkai tdung labuh, org laki takut nk kcaw..so, klaw nk cntik luar dan dlm tutup la aurat anda, kaum HAWA..

 sekarang, aku dh mula berjinak2 pkai tudung labuh, pkai stokin, pkai bju yg beso-beso, pkai handsock..and aku rasa sgt2 tenang n selamat pkai mcm 2..perasaan yg x dpt nk digmbrkan dengan kata2..kita alami sendiri bru taw..dulu aku tertnya2 org yg pkai tdung labuh nie, pkai handsock sepanjang masa nie x pnas ka??bila aku try pkai, mula2 rasa x selesa sgt..tapi lama2 aku rasa best mcm mna ntah..best la...rsa terlindung la..

and sekarang, aku hope sgt aku akan istiqomah ngn perubahan aku nie..bila nk bli bju ja sgt2 tkut klaw bju 2 kecik..n klaw bleh nk ja pkai bju size XL tros..klaw kuar dr bilik pn nk pkai bju pn kena pkai lengkap suma bnda..dr atas smpai bwh..even nk p minimart pn nk pkai yg lengkap..sb malu nti klaw jmpa lelaki mcm mna??abis la aurat aku dpa tgok...dlu aku x penah pn terfikir sal nie..nk kuaq pn ikot dan ja pkai..klaw tyme 2 tgh pkai bju tshirt tdo smlm, bju 2 la aku pkai p minimart..x kesah org tgok ke x..x kesah pkai ke x stokin n handsocks..tp sekarang, aku sgt malu..insyaAllah, moga2 ALLAH kuatkan iman aku, sentiasa istiqomah ngn apa bnda baik yang aku lakukan sekarang nie n x la buat just hangat2 taik ayam, just nk tunjuk baik depan org..alhamdulillah, ALLAH masih syg aku even selama 19 tahun aku bernyawa atas bumi ALLAH nie, aku  lupa pada DIA..aku lupa tanggungjawab aku pada DIA..aku abaikan kasih syg DIA yang DIA bg kt aku dulu...sesungguhnya aku sedar sekarang..Terima Kasih ALLAH kerana masih sygkan hamba-MU yang hina nie...:')

 insyaAllah, lpas nie aku berazam nk pkai purdah plak..aku nk tutup muka aku yang gelap nie..hahahaha...biar la org nk ckp aku  nie bajet alim ka apa ka, yang penting aku hepy, aku rasa maruah aku terjaga..kt UNIMAS nie boleh kira la berapa kerat ja kaum HAWA yang pkai purdah..n setiap kali aku tgok dpa, aku tanam azam nk jd mcm dpa...insyaAllah,..tp bkn msa terdekat nie la...aku nk fokus pada perubahan aku dulu..nk kukuhkan dulu perubahan aku nie, lepas 2 bru strt pkai purdah..insyaAllah, klaw ALLAH mengizinkan, menggerakkan hati aku menjadi kuat untuk pkai purdah dlm msa terdekat nie, aku akan pkai..tp klaw bleh x maw la cpat sgt..nti aku x istiqomah..

kt bwh nie aku ad sket kata2 semangat yang aku amek dr kwn abg aku..bila aku bc entry dya nie aku rasa kena sgt ngn diri aku..moga2 dpt bg manfaat pada aku n sahabat2 kaum HAWA kt luar sna jgak..^_^,..

 Wahai Kaum HAWA...


JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan tudungmu hingga menutup dada...
JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan lengan bajumu hingga ke pangkal tangan...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melabuhkan seluar atau kainmu hingga ke pangkal kaki..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyarung kakimu dengan kain penutup yang sebaiknya...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melonggarkan pakaianmu...
JANGAN JADI PENGECUT untuk memakai pakaian yang tidak jarang...
JANGAN JADI PENGECUT untuk tidak memakai wangi-wangian yang keterlaluan..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyembunyikan perhiasanmu...
  
KERANA...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani."
< Al-Ahzab:59 >

KERANA...

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Dua jenis manusia penghuni Neraka yang aku tidak melihatnya. Golongan orang yang memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, dan golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki serta memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya (rambutnya) seperti bonggol unta Khurasan, mereka tidak akan masul syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian."
(Hadith Riwayat Muslim: no. 2128)

KERANA...

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma' pernah hadir ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya, Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda:
" wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut meperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini."(Baginda menunjukkan pada muka dan kedua-dua tapak tangannya)
 < Hadith Riwayat Abu Daud >

KERANA...

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya, maka ia adalah penzina."
(Hadith Riwayat An-Nasai, Abu Daud dan AtTirmizi )

KERANA...

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
( An-Nur:13 )

AYUH KAUM HAWA...


JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MENJAGA AURATMU... 
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MELINDUNGI MARUAHMU...
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK BERUBAH MENGIKUT SYARIATNYA...

KERANA...

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
< Ali-Imran, 3:133 >

KERANA...

aku juga WANITA lemah dan tidak sempurna sepertimu...aku juga sentiasa mengharapkan keampunan dari Yang Esa..aku juga mengharapkan seorang insan untuk membimbingku...dan aku inginkan kita bersama-sama menikmati SyurgaNya nanti..insyaAllah..

Saturday, May 26, 2012

Ketika Muslimah TERLUKA

  
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tidak akan ad perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tidak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dirinya tetap menjadi MUSLIMAH..
~:')~





Friday, May 25, 2012

hati yang merindui...:')

assalamualaikum...hari nie merupakan ari kedua aku guna blog bru nie..aku dh tmbh apa2 yang ptot kt blog nie bg lawa n sedap mata memandang (bg aku la)..tgh belajar nk jd blogger yang hebat...hahahaha..

tjok entry aku ari nie pasal rindu..aku bkn rindu someone special (boyfriend), aku sgt merindui family aku..dh berapa bln aku musafir kt bumi sarawak nie...dh lama aku x menatap wajah mak aku...rindu nk pelok mak..rindu nak bergaduh ngn mak..rindu nk dengar mak berleter pg2 kt aku...rindu segalanya pasal mak aku...Ya Allah, cepat la msa berlalu..terlalu lama rasanya nk tggu 21st june nie...nk blek umh...nk jmpa mak...nk tunjuk kt mak perubahan aku..msti mak suka...^_^,...

mak kesayangan tyme bercuti kt pulau perhentian..:')


aku pn rindu kt kakak2 aku, abg2 aku n paling penting anak sedara aku yang sangat lincah...aku nk tgok dya kenal x aku setelah lama x jmpa aku n ngn perubahan aku skrg...dulu, tyme mula2 pkai tdg labuh, aku ad post gmbr aku kt fb group fmly aku...n anak sedara aku yang berumur 2 tahun lebih tgok gmbr 2...dya kata smbil tunjuk kt gmbr aku, "tue mak su tok bedah"..hahahaha...igt jugak dya kt aku...aku rasa antara suma mak sedara n pak sedara dya, aku la yang dya x penah lupa..sb aku igt lagi tyme blek cuti sem lepas dya ikot kak aku amek aku kt airport...dya nie jenis tkot kt org yang dya x knal n dya x cam..tp bila aku msok ja dlm keta, dya tros terkam aku..even dya mcm malu2 n x pggl nma aku pn tp dya still igt aku..n berhimpit ja ngn aku sepanjang dlm keta 2...kmi p jln2, suma nk ngn aku ja...huhuhuhu...rindunya kt dya...rindu nk dgar dya wat lawak...rindu nk dgar dya pggl mak su...
cua yang lincah & cerdik, cepat ja tiru apa org buat..
dan antara suma ahli family aku, yang paling aku rindu selain mak aku adalah abg farid aku...yang tgh stdy kt mesir skrg...dh berapa lama aku x jmpa dya...dh lma x contact dya...bz mengalahkan menteri...dya la yang mendorong aku selama nie..dya la yang menguatkn aku selama nie...dya la yang paling memahami aku..even kadang2 aku terasa hati ngn dya sb dya selalu kutuk2 aku..tp kutuk mengutuk nie dh jadi kebiasaan antara kmi adik beradik...kmi kutuk2 hanya sekadar berlawak dan mengeratkan hubungan antra kami...n dya la org pertama aku gtaw sal perubahan aku...sb dya la yang beria-ia nk aku berubah..dan aku dah berubah, aku nk dya jd org 1st yang taw..sb aku taw dya akan hepy aku dh berubah...terima kasih abg sb support adik slma nie..n x jemu nsihat adik swoh pkai tdg labuh...akhirnya Allah bukak jugak hati adik utk berubah..mybe berkat dr doa mu jgak...:')
bersama ngn abg aku buat kali terakhir b4 dya bertolak ke mesir...
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku sgt gembira skrg..entah kenapa sejak aku berubah nie hati aku rasa tenang..aku x rasa resah gelisah mcm dlu...eventhough skrg aku still dlm keadaan sedey sb kehilangan someone..erm...insyaAllah aku bleh hadapi...smlm aku dh wat bnda yang aku rsa betol...aku decide aku dh x maw nk contact dya sb aku taw itu yang dya nk..aku taw dya akan ok ngn decision aku 2..sb dya x penah kesah aku contact dya ke x..dya x penah kesah sal aku sb i'm nothing to him...


aku sentiasa mendoakan dya bahagia..x penah aku lupa nk doakan yang terbaik utk dya..moga2 dya berbahagia selalu n dpt apa yang dya nk dlm hidup terutamanya dlm pencarian nya utk mendapatkan calon isteri yang solehah..amin..

aku lak, erm...biar la aku rawat dulu hati aku nie...aku nk kejar dulu kasih syg ALLAH, nk dptkan balik cinta ALLAH yang dulu aku sia-siakan...Ya Allah, sesungguhnya aku menyesal dulu, menyesal ngn apa yang aku dh lakukan...Ya ALLAH, ampunkan dosa hamba Mu ini Ya Allah...selama 19 tahun n x lama lg nk msok 20 tahun, aku hanya bersifat keduniaan..x penah fikir sal akhirat..

penah jugak aku terfikir dan bayangkan mcm mna nti keadaan aku tyme hari pembalasan nti...adakah aku nie tergolong dlm golongan kanan or kiri...if aku tergolong dlm gologan kiri, betapa rugi n malang nya nasib aku...setiap kali aku baca tafsir, aku selalu terbygkan azab ALLAH pada aku...pada apa yang dh aku lakukan dulu..Ya Allah, sungguh aku takut sekali dengan azab Mu Ya Allah..Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku Ya Allah...sesungguhnya aku hanya lah hamba Mu yang hina, yang x penah terlepas dari melakukan dosa..Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau peliharalah aku Ya Allah...Engkau penuhkan rasa takut dlm dadaku terhadap Mu dan akan azab Mu, Ya Allah..Engkau penuhkan dlm dadaku rasa rendah diri dengan Mu Ya Allah...sesungguhnya aku hanya lah hmba Mu yang hina..Ya Allah Ya Tuhanku, terlalu bnyk yang ingin aku sampaikn kepada Mu Ya Allah...Namun, aku x terdaya kerana terlalu bnyk dosa yang aku lakukan dan tidak cukup untuk aku luahkan rasa bersalah ku terhadap Mu Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya kepada Mu Ya Allah aku meminta pertolongan dan hanya kepada Mu aku merintih Ya Allah...Ya Allah, aku memohon kepada Mu Ya Allah, jgn lah Engkau biar kan rasa cinta ku terhadap manusia melebihi cinta ku terhadap Mu Ya Allah..sesungguhnya hnya cinta Mu yang ku dambakan...Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon kepada Mu, Engkau buang la rasa suka aku terhadap someone tue Ya Allah...kerana aku bukan lah untuk dya, dan dya bukan untuk aku...sesungguhnya dya berhak mendapat yang terbaik dan lebih baik dari aku...Ya Allah, Engkau kurniakan lah dya pasangan yang solehah, alim, baik, yang dpt membahagiakannya dan yang dpt membantunya mendekatkan dirinya kepada Mu Ya Allah..sesungguhnya itu yang dya inginkan..


Ya Allah, hanya itu yang aku inginkan untuk dya...dan aku, Engkau bimbing la aku menuju ke jln Mu, ke jalan yang diredhai Mu...Engkau bimbinglah aku umtuk mendapatkan cinta Mu yang sejati dan abadi...Ya Allah Ya Tuhan ku, aku terasa kerdil berada di samping Mu...kadang2 aku tertnya layakkah aku mendapat cinta Mu yang agung padahal aku hnyalah hambaMu yang hina, yang dipenuhi dengan dosa noda...Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan segala dosa2 ku Ya Allah..Hanya itu yang aku pinta..Jangan lah Engkau palingkan aku dr hidayah Mu Ya Allah..sesunguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang...
✿~ Adakalanya saya rasa RINDU sangat dengan Allah..
✿~ Adakalanya saya rasa ingin "BERBICARA" dengan Allah..
✿~ Adakalanya saya rasa Allah terlalu DEKAT dengan saya..

Sehingga saya MENANGIS bersendirian, hati berkata-kata tentangNya..lalu saya SEGERA mengambil WUDUK dan mencapai KALAMNYA, Al-Quran yang terindah..setiap baris ayat-ayat cintaNya menyentuh HATI yang keras ini, dan AIR MATA jernih jatuh di pipi..begitu indah bila Allah pujuk hati hambaNya..saya rasa amat bertuah dan BERSYUKUR kerana Allah pilih saya untuk dekat denganNya, rebutlah PELUANG itu..♥♥




 

Thursday, May 24, 2012

Permulaan terbaru..:')

Assalamualaikum..setelah berbulan2 aku x update blog lama,lastly aku decide buat blog bru since aku pn dh mulakan cara hidup baru..untuk entry 1st aku nie aku nk cerita perjalanan aku melakukan perubahan pada diri aku..

1st entry nie aku just nk bgtaw mcm mana aku tergerak hati nk berubah menjadi seorang perempuan yang menutup aurat nya dgn sempurna..nk ckp perempuan yang solehah, aku x layak dipanggil solehah..hanya Allah yg menentukan.. bagi aku pada permulaan perubahan, masih bnyk kekurangan yang ada pada diri aku.. bkn setakat bnyk, terlalu bnyk..terlalu bnyk bnda yang aku perlu perbaiki diri aku and terlalu bnyk kekurangan yang aku kena cover..

mula2 aku pkai tdung labuh (x la labuh sgt, just tutup bahu ja la), ramai budak klas aku pelik..n ramai jugak yang tnya kenapa aku pkai tdg labuh?..aku ckp la sja nk berhijrah..then, ad 1 hari tue aku brnikan diri pkai tudung bidang 60..ramai yg tegur.. n ad yang tnya sahabat aku, Nur Hazimah Mohd Rosdi (since dya yang paling rapat ngn aku) kenapa aku tiba2 berubah? zie pn satu, ad plak dya p jwb yang aku dilamar oleh org yang beriman...mcm apa ja lg...org lain pn percaya la ckp dya 2..dpa pn ckp la,wah, untung la...mcm kagum gila ja..smpai ke sudah kwn2 aku yang lain tue kna tipu ngn zie..zie ckp mcm tue sb ramai sgt yang tnya..n dya dh mls sgt nk jwb..so, dya jwb la mcm 2...hahahah..ksian dpa..

sbnrnya aku berubah nie mmg sb aku nk berubah..bkn sb spa2..bkn sb aku kna lamar ngn org beriman ke apa...aku just nk berubah..tue ja..sbnrnya dh lama niat nk berubah nie..cuma aku x cukup kekuatan lg nk hadapi kata2 dr mulut org..then, bila aku dh strt pkai tdg labuh nie, aku x sangka yang sangkaan aku yang org lain akn kutuk2 aku, ckp yang bajet alim la, apa la ternyata salah..ramai yang support aku..yang mana yang ckp dpn aku la..blkg aku hnya Allah yang taw apa yang dpa ckp..alhamdulillah,semangat aku nk berubah bertambah2..malah, ada yang mengikut langkah aku..hahahah...bangga plak.. x dak la..sja nk perasan..dpa bkn ikot aku..ad lg yang dpa ikot..bkn aku.. aku x layak dijadikan contoh yang baik..

sbnrnya ad sorg nie yang aku jadikan contoh...bdak klas aku..aku sgt kagum ngn dya..bdak nie pmpn...dya sgt comel, cun, baik n yang paling penting segalanya tentang dya sma mcm kwn baik aku tyme sekolah dulu..tp yang bezanya kwn aku x pkai tdg labuh dya pkai..aku sgt admire dya..nma biar la rahsia...

n ada jugak yang ckp aku berubah disebabkan someone..honestly aku ckp mmg aku berubah lpas somebody nie rapat ngn aku..tp berubah mmg sb niat aku nk berubah..cuma x dak org nk enhance perubahan aku b4 nie...b4 nie just abg aku ja yang asyik swoh aku pkai tdg labuh..tp dya x dak dpn mata aku..so, aku still boleh pkai apa2 yang aku nk sb x dak org control aku..tp bila dh rapat ngn someone 2, dya mcm jadi penguat/penggerak aku utk berubah..aku pn x taw knp aku boleh senang2 ikot dya..maybe Allah dh lembutkan hati aku tyme 2..

tapi skrg someone 2 dh jauh dr aku..kmi dh x rapat mcm b4 nie..erm, sedey mmg sgt sedey..tp aku x leh wat apa..aku redha dan aku mendoakan yang terbaik utk dya...mendapat kebahagiaan yang abadi dan dpt psgn yang ad ciri2 yang dya kehendaki, yang dpt bantu dya menuju ke jln Allah n dpt bantu dya mendekatkan diri pada Allah...

aku lak, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik utk kwn2 aku n dya...bg aku skrg aku nk tumpukan perhatian aku pada kasih syg Allah yang abadi..sebelum nie aku lalai, aku abaikan Dia smpai aku lupa yang Dia ad..Ya Allah, ampunkan dosa2 hamba-Mu ini...:'(

skrg even someone tue dh x dak, aku still ngn perubahan aku..sb aku berubah bkn sb dya..aku berubah sb aku nk dekatkan diri aku ngn Allah..aku sentiasa doa moga2 aku kuat utk hadapi ujian dlm proses perubahan nie..sesungguhnya Allah akn menguji hamba-Nya yang ingin berubah utk tgok setakat mna kesungguhan hamba-Nya tue nk berubah...

Ya Allah, jangan la Engkau lemahkan semangat aku dlm perubahan ini Ya Allah.. Engkau ikhlaskan hati ku ini berubah hanya kerana Mu, Ya Allah.. Engkau berikanlah kekuatan kepada ku agar aku dpt hadapi ujian Mu dengan ketabahan hati yang kuat dan semoga aku istiqomah dlm perubahan ini.,.amin Ya raballa'lamin...