Tuesday, February 12, 2013

Pengorbanan???


“Arrrghhhh!!!kenapa susah sangat nak buang semua nie dari kepala????” Hati berbisik.

Dirinya terasa kadang-kadang menyesal dengan apa yang terjadi. Hati selalu berkata, “kalau la aku x buat macam nie dulu benda nie x kan terjadi.” Kadang-kadang dirinya  ingin kembali ke saat mula-mula menjejakkan kaki ke tempat itu.

Pada waktu itu, terasa dirinya bahagia dengan kehidupannya, menjadi seorang yang ceria, menjadi dirinya yang sebenar, seorang gadis biasa seperti orang lain. Dia ingin kembali ke saat itu. Terasa bagai baru sahaja semua itu berlaku. Tanpa sedar sudah lima tahun berlalu.

Segala-galanya berubah apabila menjelang semester ke-2 Anissa melanjutkan pelajaran di universiti itu, jauh daripada keluarga demi sebuah ijazah.

Dia masih lagi ingat akan pesanan keluarganya terutama ibu dan kakaknya.

“Adik, dh sampai sana nanti jangan pula adik cari orang jauh-jauh wat menantu mak. Nanti adik kena tinggalkan mak, tak ada orang yang akan jaga mak nanti.” Pesanan seorang ibu yang masih kekal di ingatannya.

“ Adik, nanti dah habis degree kat sana balik sini ye. Kalau nak sambung pun sambung kat sini. Senang sikit. Tiket flight mahal. Lagi satu, jangan tersangkut dengan orang jauh-jauh pula. Kesian dekat kak adik nie. Nanti rindu nak jumpa adik susah.” Kakaknya berpesan pada adik kesayangannya.

Sekarang sudah lima tahun berlalu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku. Perubahan keadaan, suasana, perangai dan dirinya sendiri. Dia tidak menyangka bahawa niat yang telah lama terbuku di dalam hati kini sudah menjadi kenyataan. Dan dia gembira dengan perubahan yang sedang dia alami. Cuma kenangan lalu yang membuatkan kadang-kadang dirinya tewas dengan emosi.

Setiap kali apabila kenangan itu muncul kembali dalam ingatan, hanya sekeping sejadah dan naskhah Al-Quran yang menjadi teman dan sahabat sejati ketika itu. Lelehan air mata sudah menjadi peneman nya yang sejati ketika dirinya terasa tidak kuat dengan dugaan dan ujian itu.

Sesungguhnya kadang-kadang dia tewas dengan desakan diri yang terlalu ingin di sayangi. Namun, dia gagahi jua dengan azam semua ini akan berakhir dengan baik.

“Aku suka kau.” Ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Ketika itu hatinya melonjak gembira. Dengan hanya 3 perkataan itu satu hubungan telah terjalin. Sepanjang perhubungan itu, perubahan yang selama ini diidamkan berlaku. Dengan sokongan abangnya dan orang di sekeliling, Anissa mampu mengubah cara pemakaiannya, dari hanya memakai tudung atas dari paras dada berubah ke tudung labuh.

Namun, hubungan itu hanya mampu bertahan selama 4 bulan.

“Betul ka apa yang aku sedang lakukan nie?” Hatinya bertanya pada diri sendiri tentang hubungan yang sedang dia jalinkan ini. Hatinya mula rasa gelisah dengan hubungan itu. Hampir seminggu dia memikirkan jalan penyelesaian bagi kegelisahan itu.

·         Anissa gelisah adakah hubungan ini mampu membuatkannya mendapat redha Allah. Adakah dia hanya melakukan perubahan ini disebabkan lelaki itu? Adakah hubungan ini akan menjamin mereka masuk ke syurga Allah yang serba indah? Dia juga telah membaca satu artikel yang membuatkan dia tekad dengan keputusan itu. Dia ingin menjadi seperti Zara, yang mampu berkorban sesuatu yang berharga dalam hidupnya hanya untuk mendapat cinta Allah. Abangnya yang memberi link kepada artikel ini kerana abangnya tidak jemu-jemu menasihati Anissa untuk menjauhkan diri dari bercouple. (http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4623-demi-redha-mu.html)
·          
Akhirnya, setelah lama berfikir, satu keputusan telah diambil. Anissa redha dengan ketentuan-Nya. Dia telah tekad walaupun hatinya berat untuk melepaskan.

Anissa menghantar sms kepada dia. Mesej tersebut mengatakan bahawa Anissa ingin menghentikan hubungan itu.

“Awak, sy rasa kita patut stop mesej. Sy tkot awak. Sy x nak tarik awak masuk neraka. Sy masih lagi banyak kekurangan yang perlu di perbaiki. Sy x maw dalam proses tu sy melakukan kesilapan dan kesilapan itu berkaitan dengan awak. Awak akan mendapat share dalam kesilapan sy tu. Lagi pn sy tkot kita akan melakukan dosa sekiranya kita teruskan hubungan ini. Sebab kita x taw apa yang akan terjadi masa akan datang. Sy takut pergaulan antara kita akan terlalu bebas dan kita sudah x peduli tentang dosa pahala. Mungkin awak akan ingat sy bajet baik or alim..x apa. Sy x kisah. Sy takut Allah marah sy. Sy tkot Allah jauhkan sy dari rahmat Allah. Memang sy x sggp jauh dr awak tapi sy lagi x sggp klaw Allah jauh tros dari hidup sy. Sy mntk maaf untuk segala-galanya. Selamat tinggal awak.”

Anissa membaca balik sms tersebut. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang send. Dia menanti reply dari si dia.

Twiit twiit. Tanda ada sms diterima.

“Terima kasih atas segala-galanya. Saya faham situasi ini. All the best Anissa.”

Berderai air mata Anissa selepas membaca sms itu. Sebab dia tahu, selepas ini keadaan mereka bukan seperti dulu lagi. Tiada lagi sms antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya fasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!

Setiap kali bersms dengan lelaki itu, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:

" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    
(Al-Isra': 32)

Hari itu Anissa hanya mampu berlagak biasa di hadapan housemate dan sahabatnya. Kadang- kadang matanya berair mengingatkan tentang sms tadi. Dia mahu menceritakan kepada seseorang tetapi dia tidak tahu kepada siapa. Akhirnya dia hanya mampu menangis di bawah selimut.

Namun, keadaan itu hanya mampu bertahan selama beberapa hari sahaja. Ketika itu, Anissa sudah dapat menerima hakikat bahawa sudah tidak ada apa2 antara dia dan lelaki itu.

Twiit twiit. Anissa mendapat 1 sms. Dari lelaki itu yang bertanya khabar.

Anissa berasa serba salah untuk membalas. Namun, dia tewas dengan desakan hatinya. Anissa membalas sms tersebut.

“Khabar baik. X pa ka kita mesej nie?” Anissa bertanya kepada lelaki itu.

“X pa la. Kita bukan ada apa2 hubungan pn.”

Akhirnya mereka kembali berhubung di sebabkan Anissa tidak kuat dengan azamnya itu.

Ketika cuti semester, perasaan gelisah itu muncul kembali. Bermacam-macam cara Anissa lakukan, termasuk berdoa kepada Allah.

Satu hari, satu idea muncul di kepala. Anissa teringat akan bekas kekasih nya ketika di sekolah. Dia pernah menceritakan tentangnya kepada lelaki itu.

“Apa kata aku cakap kt dia yang aku nk kembali pada ex boyfriend aku. Maybe dia akan benci aku dan tidak akan hubungi aku lagi.” Anissa ambil keputusan tanpa berfikir panjang. Di kepalanya hanya berfikir tentang bagaimana untuk menghentikan semua ini.

Sms sekali lagi di hantar. Cuma isi kandungan kali ini berbeza.

“Awak, sy dh buat keputusan. Sy nak kembali pada ex boyfriend sy. Walaupun dia dh ada makwe, sy rela berkongsi.” Air mata mengalir ketika sms ini dihantar. Namun, dia gagahi juga demi redha Allah.

Twiit twiit. Sms nya dibalas.

“Awak ingat awak ngn dia dh kwen ke sampai sanggup kongsi2. Kalau dh kwen x pa la juga. Kenapa awak still nak couple? Sudah2 la bercouple 2 awak. Ok la selamat tinggal awak.”

Sms terakhir dari dia.

Laju ja air mata mengalir di pipi. Terdetik di hati penyesalan dengan apa yang dilakukan. Namun, dia tidak boleh berpatah balik. Dia kena teruskan.

Sejak hari itu, dia sentiasa berdoa semoga dia kuat untuk teruskan dengan rancangan ‘gila’ nya itu. Untuk menjadikan rancangan tersebut nampak seperti betul, dia menceritakan benda yang sama kepada sahabat-sahabat rapatnya. Biar lah hanya Allah dan dia yang mengetahui perkara sebenar.

Setiap malam Anissa menangis sampai dia tertidur. Sejak peristiwa itu, kehidupan telah berubah. Setiap hari, harinya ditemani dengan air mata. Apabila di hadapan orang dia akan buat-buat happy. Tapi apabila berseorangan dia akan menangis dan hanya mampu berdoa pada Allah supaya dia kuat dan mampu lupakan lelaki itu. Kerana dia yakin dengan takdir Allah. Dia yakin akan ada hikmah dengan apa yang terjadi. Kerana dia yakin dengan setiap titis air mata yang gugur di pipi nya disebabkan kesakitan ini demi menggapai redha Allah akan menjadi saksinya di akhirat nanti.


 
Dan sekarang, setelah lima tahun berlalu, dia masih tidak dapat lupakan lelaki itu. dan sekarang dia dapat tahu bahawa lelaki itu sudah bercouple dengan orang lain. Hatinya luluh. Namun, dia bertahan. Ada pernah sekali di hadapan sahabat-sahabatnya, dia menangis apabila ada sahabatnya menceritakan tentang pergaulan lelaki itu dengan pasangannya. Dia ingin bertahan, namun dia tewas dengan perasaan nya.

Dan sekarang, dia hanya mampu berdoa pada Allah semoga dia tabah dan kuat dengan dugaan ini. Biarlah dia menderita sekejap demi kerana redha Allah dan keluarganya. InsyaAllah dia akan istiqamah.

Anissa percaya sekiranya dia redha dengan semua ini, Allah akan menggantikan kekecewaan yang sedang dia alami ini dengan sesuatu yang di luar jangkaannya.


Tuesday, August 14, 2012

PELUANG KEDUA

ASSALAMUALAIKUM...

Pejam celik pejam celik dh nk abh dh bulan Ramadhan yg mulia nie...rsa mcm sat sgt msa berlalu..posa tahun nie ntah la, aku x dpt nk gmbrkan mcm mna perasaan aku..nk ckp sdey sb rsa sat sgt bulan Ramadhan nie takut org ckp aku bajet warak...erm, apa2 la..manusia..org buat bnda baik org perli, org buat bnda jahat support sgt...

erm, dalam bulan posa nie jadi mcm2 dugaan pada aku...sungguh2 aku ckp aku mmg x kuat tyme aku diuji 2..tp bila aku pikir blek apa yg Allah uji aku 2 adalah apa yg aku dh pernah buat kt org, apa yg aku nk smpai kn kt sni adalah apa yg dh jadi pada aku tyme 2 mencerminkan diri aku..mksdnya aku nie hnya indah pada rupa...bkn nk ckp aku nie cntik ka apa, just nk gmbrkan sja..

ok...sbnrnya apa yg aku nk ckp kt sni adalah soal perubahan pada diri dan peluang untuk berubah pada pndngan org lain..seperti yg kita taw, klaw kita ada buat slh ataupun buat keputusan yg x btol tentang hidup kita or perjalanan career kita, buat tindakan yg di luar pemikiran kita, org disekeliling kita akan bersangka buruk tentang kita dan sukar nk bg peluang pada kita utk berubah..lebih kurg mcm bekas penagih dadah yg dh insaf lpas kuaq penjara...then, dia nk berubah tp org kmpung bersangka buruk dan x bg peluang kedua untuk dia ubh diri...mcm 2 la mksd aku..

pada pndgn aku, seandainya seseorg melakukan kesilapan dan dia ingin berubh dan perlukan kesempatan peluang oleh org di sekeliling dia untuk dia berubah, kita kena bg peluang untuk dia..dan support dia..bkn tros judge org 2 dengan kesilapan yg dia lakukan..

 

myb org akan ckp yg aku nie ckp bleh la tp buat x pn..erm, x pa la..aku just menyuarakan pendapat aku.. sb aku selalu membayangkan mcm mna klaw diri kita sendiri melakukan kesilapan yg x dpt diterima oleh org sekeliling kita dan kita tidak diberi peluang untuk berubah, tidak diberi peluang untuk menjelaskan kenapa kita melakukan kesilapan tersebut dan kita tidak diberi kesempatan untuk membetulkan kesilapan kita tersebut..mesti kita rsa terkilan kan dengan tindakan kita yg tidak mahu bg peluang pd org lain menebus kesalahan dan mahu berubah..seandainya kita masih tidak merasa apa2 sekiranya kita berada di tempat itu, apa yg aku katakan adalah org itu terlalu keras hati..

mungkin kita tidak tahu apa yg menyebabkan seseorang itu mengambil jalan itu, mengambil keputusan utk melakukan kesalahan itu...mungkin mereka terdesak melakukannya, mungkin mereka memerlukan sesuatu yg kita tidak tahu apa dia...oleh itu, kesimpulan yg aku bleh buat kt sni, jgn la trus menghukum seseorang hanya atas sebab kita x dapat nk terima kesalahan yg dia lakukan..manusia mampu berubah..malah manusia yg berubah tu mungkin jauh lagi baik dr diri kita sendiri..dan semua org x sempurna..semua org x pernah terlepas dr melakukan kesalahan..dan jangan hanya tgok pada keburukan,kesalahan yg pernah dia lakukan..kerna mungkin dia ada 1001 kebaikan yg kita x penah taw or nmpk dengan mata kita sendiri...


sedangkan Allah ampunkan dosa hambaNya yg bnyk bagai pepasir kt pntai klaw dia bertaubat...nie kn kita manusia biasa...kenapa perlukan mahal kan harga peluang kedua untuk bg kt org...bkn kita yg rugi...kita dpt pahala adalah..sb memaafkan seseorang.. sekiranya org tu khianati peluang yg bg 2, mungkin kita akan terkilan sedikit..tp kita x akan rugi apa2 sb diri dia sndiri yg menentukan...seandainya dia btol2 ingin berubah, insyaAllah, dia akan diberi kesempatan tu dan akan berusaha menuju ke arah perubahan tu..

kepada org yang melakukan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk memperbetulkan diri dan keadaan, kuatkan semangat anda...walaupun kita sorg2 dan x dak org nk fham isi hati dan situasi kita, tp kita still ada Allah...Allah x kan pernah mengecewakan kita dan sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat...

akhir kata, aku memohon maaf seandainya kata2 aku menyinggung perasaan org yg membaca dan maaf jgak sekiranya apa yg aku ckp di atas salah..

ASSALAM...



Tuesday, June 12, 2012

Kisah Tudung Labuhku :')

Assalammualaikum...
dh lama aku x u pdate blog nie...ngh bz ngn exam...hehehe..
ok, aku ad terbaca satu artikel kt i luv islam.. cerita dia lebih kurang dengan cerita aku sebelum aku berubah..heee...saja nk share..^_^,..


Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.


Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!


Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.



Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.

sekian..cerita dia lebih kurang dengan cerita aku..cuma aku study kt sarawak, kolej aku x diwajibkan turun ke surau n aku x la selalu balik umh kak aku..2 ja..assalamualaikum...

Friday, June 1, 2012

Yang Bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Menjadi Idaman..^_^,..

Bismillahirahmanirahim

" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.


Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"

Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?


 Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga. 

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Sunday, May 27, 2012

KAUM HAWA...JANGAN JADI PENGECUT..

 Entry aku kali nie berkaitan aurat kaum HAWA..aku bukan la nk ckp diri aku dh tutup aurat aku dengan sempurna..namun, aku hanya ingin mengingati diri aku sendiri dan sahabat2 yang aku sayangi, yang aku ingin msok ke syurga ALLAH bersama2 kalian...sesungguhnya aku sgt takut akan azab ALLAH terhadap kaum HAWA yang tidak menutup aurat dengan sempurna..dan aku x sanggup melihat sahabat2 yang aku sayangi tergolong dlm golongan yang menerima azab ALLAH..
 aku bukan nk membukak aib sendiri tp aku cuma ingin menceritakan pengalaman aku..dulu, aku pn x menutup aurat dengan sempurna...aku pkai ja apa yg aku nk...ckp ja pkai tdung tp bju ketat, suka singsing lengan baju..bukan singsing la, tabiat aku, aku suka lipat lengan bju..x kira la tshirt or bju kurung...aku mmg akan lipat smpai abg aku tnya knp la suka lipat lengan bju 2..kena cubit pn ada kadang2..tp x penah pn aku amek pengajaran dr apa yang abg aku buat 2..kerasnya hati aku tyme 2..aku buat x endah ja ngn nasihat dya..

ada orang ckp klaw pkai tudung labuh nie x cantik la, x reti berfesyen la, nti x nmpk corak kt bju yang lawa 2, apa2 lg la...
mmg la org yang x pkai tdg labuh nie cntik, or lebih senang dipggl yang x menutup aurat nie cantik, tp cntik yang sementara, cntik hanya diluar, bukan di dalam..
even kita pkai tudung labuh, even x nmpk cntik, even x bleh nk tunjuk corak bju yang lawa2 tp kita cntik kekal..
cntik luar dan dlm..
org akan tgok kaum HAWA yang tutup aurat nie manis ja dan sedap mata memandang..bila kaum HAWA pkai tdung labuh, org laki takut nk kcaw..so, klaw nk cntik luar dan dlm tutup la aurat anda, kaum HAWA..

 sekarang, aku dh mula berjinak2 pkai tudung labuh, pkai stokin, pkai bju yg beso-beso, pkai handsock..and aku rasa sgt2 tenang n selamat pkai mcm 2..perasaan yg x dpt nk digmbrkan dengan kata2..kita alami sendiri bru taw..dulu aku tertnya2 org yg pkai tdung labuh nie, pkai handsock sepanjang masa nie x pnas ka??bila aku try pkai, mula2 rasa x selesa sgt..tapi lama2 aku rasa best mcm mna ntah..best la...rsa terlindung la..

and sekarang, aku hope sgt aku akan istiqomah ngn perubahan aku nie..bila nk bli bju ja sgt2 tkut klaw bju 2 kecik..n klaw bleh nk ja pkai bju size XL tros..klaw kuar dr bilik pn nk pkai bju pn kena pkai lengkap suma bnda..dr atas smpai bwh..even nk p minimart pn nk pkai yg lengkap..sb malu nti klaw jmpa lelaki mcm mna??abis la aurat aku dpa tgok...dlu aku x penah pn terfikir sal nie..nk kuaq pn ikot dan ja pkai..klaw tyme 2 tgh pkai bju tshirt tdo smlm, bju 2 la aku pkai p minimart..x kesah org tgok ke x..x kesah pkai ke x stokin n handsocks..tp sekarang, aku sgt malu..insyaAllah, moga2 ALLAH kuatkan iman aku, sentiasa istiqomah ngn apa bnda baik yang aku lakukan sekarang nie n x la buat just hangat2 taik ayam, just nk tunjuk baik depan org..alhamdulillah, ALLAH masih syg aku even selama 19 tahun aku bernyawa atas bumi ALLAH nie, aku  lupa pada DIA..aku lupa tanggungjawab aku pada DIA..aku abaikan kasih syg DIA yang DIA bg kt aku dulu...sesungguhnya aku sedar sekarang..Terima Kasih ALLAH kerana masih sygkan hamba-MU yang hina nie...:')

 insyaAllah, lpas nie aku berazam nk pkai purdah plak..aku nk tutup muka aku yang gelap nie..hahahaha...biar la org nk ckp aku  nie bajet alim ka apa ka, yang penting aku hepy, aku rasa maruah aku terjaga..kt UNIMAS nie boleh kira la berapa kerat ja kaum HAWA yang pkai purdah..n setiap kali aku tgok dpa, aku tanam azam nk jd mcm dpa...insyaAllah,..tp bkn msa terdekat nie la...aku nk fokus pada perubahan aku dulu..nk kukuhkan dulu perubahan aku nie, lepas 2 bru strt pkai purdah..insyaAllah, klaw ALLAH mengizinkan, menggerakkan hati aku menjadi kuat untuk pkai purdah dlm msa terdekat nie, aku akan pkai..tp klaw bleh x maw la cpat sgt..nti aku x istiqomah..

kt bwh nie aku ad sket kata2 semangat yang aku amek dr kwn abg aku..bila aku bc entry dya nie aku rasa kena sgt ngn diri aku..moga2 dpt bg manfaat pada aku n sahabat2 kaum HAWA kt luar sna jgak..^_^,..

 Wahai Kaum HAWA...


JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan tudungmu hingga menutup dada...
JANGAN JADI PENGECUT untuk labuhkan lengan bajumu hingga ke pangkal tangan...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melabuhkan seluar atau kainmu hingga ke pangkal kaki..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyarung kakimu dengan kain penutup yang sebaiknya...
JANGAN JADI PENGECUT untuk melonggarkan pakaianmu...
JANGAN JADI PENGECUT untuk memakai pakaian yang tidak jarang...
JANGAN JADI PENGECUT untuk tidak memakai wangi-wangian yang keterlaluan..
JANGAN JADI PENGECUT untuk menyembunyikan perhiasanmu...
  
KERANA...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani."
< Al-Ahzab:59 >

KERANA...

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Dua jenis manusia penghuni Neraka yang aku tidak melihatnya. Golongan orang yang memegang cemeti menggerakkan seperti ekor lembu memukul manusia, dan golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang yang menarik pandangan lelaki serta memalingkan pandangan kepada lelaki, kepalanya (rambutnya) seperti bonggol unta Khurasan, mereka tidak akan masul syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh perjalanan demikian."
(Hadith Riwayat Muslim: no. 2128)

KERANA...

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma' pernah hadir ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya, Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda:
" wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut meperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini."(Baginda menunjukkan pada muka dan kedua-dua tapak tangannya)
 < Hadith Riwayat Abu Daud >

KERANA...

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Siapapun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya, maka ia adalah penzina."
(Hadith Riwayat An-Nasai, Abu Daud dan AtTirmizi )

KERANA...

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
( An-Nur:13 )

AYUH KAUM HAWA...


JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MENJAGA AURATMU... 
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK MELINDUNGI MARUAHMU...
JANGAN JADI PENGECUT UNTUK BERUBAH MENGIKUT SYARIATNYA...

KERANA...

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
< Ali-Imran, 3:133 >

KERANA...

aku juga WANITA lemah dan tidak sempurna sepertimu...aku juga sentiasa mengharapkan keampunan dari Yang Esa..aku juga mengharapkan seorang insan untuk membimbingku...dan aku inginkan kita bersama-sama menikmati SyurgaNya nanti..insyaAllah..